Sunday, April 25, 2010

Sultan Idris University of Education


Universiti Pendidikan Sultan Idris

Universiti Pendidikan Sultan Idris merupakan universiti pendidikan pertama di Malaysia. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah diisytiharkan sebagai sebuah universiti pada 1 Mei 1997 melalui Warta Kerajaan P.U.(A) 132 & 133, bertarikh 24 Februari 1997, di bawah dua buah Perintah iaitu Perintah Universiti Pendidikan Sultan ldris (Perbadanan) 1997 dan Perintah Universiti Pendidikan Sultan ldris (Kampus) 1997. Sebelum ini UPSI dikenali sebagai Institut Perguruan Sultan Idris.

Kampus UPSI terletak di Tanjung Malim, Perak. Cogan kata UPSI ialah "Pengetahuan Suluh Budiman", manakala lagu rasminya ialah "Ibu Kandung Suluh Budiman".



Sejarah

UPSI dulunya dikenali sebagai Maktab Perguruan Sultan Idris (Sultan Idris Training College atau SITC) di Tanjung Malim. Namanya sempena nama Sultan Idris Murshidul Aadzam Shah ibni al-Marhum Raja Bendahara Alang Iskandar yang memerintah negeri Perak dari 26 Jul 1887 - 14 Jan 1916. Baginda lahir pada tahun 1849 dan mangkat pada tahun 1916.

Sejarah penubuhan UPSI bermula dengan cadangan R.O. Winstedt untuk memusatkan maktab-maktab perguruan Melayu. Setelah mendapat persetujuan Sultan Abdul Jalil Perak, Pesuruhjaya Tinggi British telah mengumumkan untuk menubuhkan sebuah Maktab Pusat yang besar bagi guru-guru Melayu sebagai kenang-kenangan kepada Almarhum Sultan Idris Ibni Almarhum Raja Iskandar, Perak. Maktab yang dinamakan The Sultan Idris Training Collge for Malay Teachers yang dikenali dengan nama ringkasnya sebagai SITC telah dirasmikan oleh Sir George Maxwell, Ketua Setiausaha Negara pada 29 November 1922.











Tujuan penubuhan

Tujuan asal maktab ini ditubuhkan adalah untuk melatih guru-guru untuk sekolah-sekolah Melayu, disamping itu pihak British juga berharap lepasan SITC akan dapat digunakan sebagai tenaga pekerja mereka. SITC kemudiannya seolah-olah menjadi Pusat Kehidupan Intelektual Melayu dengan penuntut-penuntut yang datang dari segenap pelosok Semenanjung. Pertemuan penuntut-penuntut Melayu ini secara langsung atau tidak langsung telah menyedarkan mereka tentang tanggungjawab meninggikan tahap pelajaran anak-anak Melayu dan membawa kepada perkembangan golongan terpelajar Melayu yang bersemangat kebangsaan. Keunggulan SITC membentuk pelajar dan pelajaran Melayu terbukti sehingga selesai Perang Dunia Kedua, bahkan hingga beberapa tahun selepasnya, sebelum wujud beberapa institusi pengajian tinggi lainnya.

Kurikulum yang diajarkan di SITC adalah berkenaan dengan pertanian asas dan pekerjaan tangan. Mata pelajaran yang diajar bagi satu-satu waktu pengajaran adalah selama 45 minit dan terdiri dari ilmu kira-kira, ilmu geometri, ilmu alam, bahasa, tawaraikh dan hikayat, ilmu tanaman, kaedah mengajar, ilmu kesihatan, lukisan, tulisan, anyaman bakul, pengetahuan am dan agama.


Semasa Perang Dunia Kedua

Semasa Perang Dunia Kedua, SITC telah dijadikan Hospital Tentera British dan kemudiannya setelah tentera British berundur, ia telah dijadikan Markas Tentera Jepun. Para pelajarnya berpindah ke Kuala Kangsar. Apabial perang mula merebak, pelajar-pelajar diarahkan pulang ke kampung masing-masing. Selepas perang, SITC dibuka semula, kali ini dengan para pelajar yang lebih bersemangat. Semangat kebagsaan mula bercambah subur di SITC dan para pelajar semakin berani menuntut hak-hak mereka sehingga berlaku tunjuk perasaan pada 10 Disember 1949 dan SITC ditutup selama 3 bulan ekoran dari peristiwa itu.


Selepas Merdeka

Menjelang Kemerdekaan 1957, SITC telah dapat menyediakan segolongan intelek Melayu yang berjiwa kebangsaan dan ini penting untuk mengsisi ruang kemerdekaan.

Pada tahun 1958, SITC turut mencatatkan sejarah tersendiri apabila buat pertama kalinya anak tempatan dilantik sebagai Pengetua, iaitu Zainal Abidin Ali. Pada 13 Januari 1975, sekali lagi SITC merakamkan sejarah dengan pengambilan masuk 140 pelajar puteri, iaitu setelah 5 tahun dihuni oleh pemuda-pemuda Melayu.


Naik taraf

Pada 21 Februari 1987, SITC telah dinaikkan taraf sebagai Institusi Pendidikan Sultan Idris (IPSI). Kedudukan tarafnya lebih tinggi daripada makatb-maktab perguruan yang lain dan diberi kuasa mengendalikan Kursus Sijil Lanjutan Pergurusan dan Diploma Lepas Sijil.

Sesuai dengan peranan dan kepentingannya telah mendorong Kerajaan untuk menaikkan tarafnya kepada peringkat yang lebih tinggi sebagai Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 1 Mei 1997.

Sunday, April 18, 2010

GURU OH GURU

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

Tuesday, April 13, 2010






aku nak jadi businessman, tapi mak suka bila aku jadi cikgu.. jadinya aku kena puaskan hati mak.. KAMI GURU MALAYSIA, BERIKRAR DAN BERJANJI, lalalaaa..
bila dah jadi cikgu nanti pon boleh jadi businessman apa.. apa guna kelas dengan bilik guru tu.....

Jika seorang wanita


Jika seorang wanita itu menangis di hadapanmu,
Itu bererti dia tak dapat menahannya lagi.

Jika kamu memegang tangannya saat dia menangis,
Dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu.

Jika kamu membiarkannya pergi,
Dia tidak akan pernah kembali lagi menjadi dirinya yang dulu.
Selamanya….

Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Kecuali di depan orang yang amat dia sayangi.
Dia menjadi lemah.

Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Hanya jika dia sangat menyayangimu,
Tiada lagi rasa egonya,

Lelaki,
jika seorang wanita pernah menangis kerana dirimu,
Tolong pegang tangannya dengan pengertian.
Dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu.

Lelaki,
jika seorang wanita menangis keranamu.
Tolong jangan mempersiakannya.
Mungkin kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis di depanmu,
Saat dia menangis keranamu,
Lihatlah matanya….

Dapatkah kau lihat dan rasakan sakit yang dirasakannya?
Fikirkan….
Wanita mana lagi yang akan menangis
dengan murni, penuh rasa sayang,
Di depanmu dan kerana dirimu..

Dia menangis bukan karena dia lemah
Dia menangis bukan kerana dia menginginkan
simpati atau rasa kasihan.
Dia menangis,
Kerana menangis dengan diam-diam
sudah tidak mampu bagi dirinya,

Lelaki,
Fikirkanlah tentang hal itu.
Jika seorang wanita menangisi hatinya untukmu,
Dan semuanya kerana dirimu.
Inilah waktunya untuk melihat apa yang telah kau
lakukan untuknya.

Hanya kau yang tahu jawapannya..
Pertimbangkanlah, kerana suatu hari nanti
Mungkin akan terlambat untuk menyesal,
Mungkin akan terlambat untuk mohon ‘MAAF’!!

Bagaimana jika anda menghadapinya?


lelaki yg nak pegang tangan wanita yg menangis tu, mestilah yg bergelar suami nya..kalau x..jgn memandai nk pegang..